- Iklan -
Berita

129 korban Covid-19 dicatat, kes baru kekal di paras 10,000

Selangor kekal catat kes tertinggi sebanyak 4,404.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan Pusat Perubatan Ara Damansara memberi suntikan vaksin Sinovac kepada penunggang motosikal secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin Orang Kelainan Upaya (OKU) di Menara Sime Darby Plantation, Subang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 10,972 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 927,533.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,404 disusuli Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (609), Pahang (475), Melaka (474), dan Pulau Pinang (4266).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,439 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 791,388.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 128,997.

Dalam pada itu, 915 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 435 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 129 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,148.