- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian jangkau 14 juta dos setakat semalam

380,440 dos suntikan vaksin diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan Pusat Perubatan Ara Damansara membuat persiapan sebelum memberi suntikan vaksin Sinovac kepada seorang orang kelainan upaya (oku) secara pandu lalu di Pusat Pemberian OKU di Menara Sime Darby Plantation, Subang.

Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari, kini melebihi 14 juta iaitu 14,002,324 dos setakat semalam.

Menteri Kesihatan Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama manakala 4,431,350 orang telah melengkapkan dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 380,440 dos suntikan Covid-19 diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua.