- Iklan -
Berita

Kes baru catat 10,710 jangkitan, 153 lagi korban Covid-19 direkod

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,828.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Team Outreach Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melakukan vaksinasi kepada seorang suri rumah yang duduk di kerusi roda di Sungai Besar, Kuala Selangor.Usaha outreach tertumpu kepada golongan yang uzur disebabkan penyakit yang dihidapi mereka, kumpulan kesihatan ini bergerak dari rumah ke rumah dengan memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada mereka yang berdaftar.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 10,710 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 916,561.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,828 disusuli Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Penang (295), Melaka (289), Sarawak (261), Kelantan (146) and Terengganu (123).

Hanya Perlis (5) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,778 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 784,949.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 124,593.

Dalam pada itu, 909 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 445 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 153 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,019.