- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian catat rekod tertinggi sebanyak 460,158

304,807 suntikan yang diberikan adalah dos pertama manakala 155,351 dos lagi adalah dos kedua.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang menghadiri janji  untuk mendapatkan vaksin, beratur mengikut giliran di pusat pemberian vaksin, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Jalan Duta.
Orang ramai yang menghadiri janji untuk mendapatkan vaksin, beratur mengikut giliran di pusat pemberian vaksin, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Jalan Duta.

Malaysia merekodkan 460,158 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada 15 Julai, bilangan tertinggi pernah diberikan dalam sehari sepanjang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi sebuah ciapan Twitter, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 304,807 suntikan adalah dos pertama manakala 155,351 dos lagi adalah untuk dos kedua.

Beliau berkata, sebelum ini jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari adalah 434,828 dos pada 14 Julai.

Sarawak merekodkan vaksinasi dos kedua tertinggi sebanyak 53,399 disusuli Selangor (27,687), Kuala Lumpur (20,531), Sabah (8,532), Johor (7,000) dan Negeri Sembilan (6,627).

Secara keseluruhan, sebanyak 13,107,681 dos vaksin telah diberikan di setakat ini di seluruh negara sejak PICK dijalankan pada 24 Februari lalu.