- Iklan -
Berita

Putrajaya sediakan talian hotline 24 jam tangani kelaparan pandemik

Bantuan akan dihantar dari 19 Julai, bagaimanapun mereka yang terjejas teruk boleh memohon bantuan lebih awal.

Aliff Fikri
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak berjalan di kaki lima Flat Sri Perak di Sentul.
Seorang kanak-kanak berjalan di kaki lima Flat Sri Perak di Sentul.

Talian hotline di seluruh negara disediakan kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat bagi orang ramai yang terputus bekalan dan memerlukan bantuan di bawah inisiatif Bakul Prihatin Negara.

Jurucakapnya Eikmar Rizal berkata talian yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sudah boleh dihubungi di setiap daerah di seluruh negara.

“Jadi semua individu yang memerlukan boleh hubungi kami di talian 15999 atau bilik gerakan berdekatan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya, bantuan akan dihantar bermula 19 Julai ini, akan tetapi bagi yang amat memerlukan, JKM perlu diberitahu pemanggil dan bantuan akan dihantar secepat mungkin.

Eikmar berkata, setiap proses bantuan akan dihantar secepat mungkin bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.

Katanya, Talian Bakul Prihatin Negara akan dibuka 24 jam setiap hari dan orang ramai juga boleh meminta bantuan menerusi WhatsApp di 019 2615999.

Sebanyak RM21 juta diperuntukkan untuk menjayakan inisiatif Bakul Prihatin Negara bagi menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan terhadap kehidupan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat semalam berkata inisiatif itu adalah kerjasama strategik membabitkan kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara bawah kendalian JKM.

Pelaksanaan Bakul Prihatin Negara membabitkan peruntukan kerajaan sebanyak RM5 juta manakala tambahan RM16 juta lagi hasil sumbangan lima syarikat korporat.

Dia mengatakan, “Ribuan saintis, doktor, ahli farmasi, dan sekurang-kurangnya empat pengatur perubatan utama yang berpendidikan tinggi