- Iklan -
Berita

Kes baru catat 12,541 jangkitan, korban Covid-19 rekod 115

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 5,512.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Team Outreach Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melakukan vaksinasi kepada seorang suri rumah yang duduk di kerusi roda di Sungai Besar, Kuala Selangor.Usaha outreach tertumpu kepada golongan yang uzur disebabkan penyakit yang dihidapi mereka, kumpulan kesihatan ini bergerak dari rumah ke rumah dengan memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada mereka yang berdaftar.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 12,541 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 893,323.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,120 disusuli Negeri Sembilan (1,619), Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382), dan Sabah (326).

Hanya Perlis (7) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,745 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 772,542.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 114,053.

Dalam pada itu, 896 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 459 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 115 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,728.