- Iklan -
Berita

Warga emas bakal terima vaksin melalui ‘walk in’ di Selangor, Kuala Lumpur

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata inisiatif tersebut akan diperluas di negeri-negeri lain di semenanjung.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang warga emas duduk di kerusi roda sambil ditolak oleh ahli keluarganya selepas menerima suntikan vaksin di Pangsapuri PKNS, Kampung Baru.
Seorang warga emas duduk di kerusi roda sambil ditolak oleh ahli keluarganya selepas menerima suntikan vaksin di Pangsapuri PKNS, Kampung Baru.

Warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur akan dibenarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi di kedua-dua buah negeri, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.

Bercakap di sidang media hari ini, beliau berkata usaha ini akan dapat memastikan mereka yang belum divaksinasi diberikan suntikan secepat mungkin.

“Di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berusia 60 tahun yang masih belum menerima vaksin, boleh walk inData menunjukkan masih ada lagi golongan ini yang masih belum divaksinasi,” katanya.

“Kita akan berkalkan vaksin segera bagi memastikan mereka dapat divaksinasi.”

Adham turut menambah, projek perintis yang bermula di Selangor dan Kuala Lumpur itu akan dikembangkan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

Adham turut berkata beliau menjangka suntikan sebanyak 300,000 dos sehari, bagi tujuan itu katanya, kerajaan mengambil keputusan menambah penyertaan “general practice”.

“Setakat ini ada 700 general practice yang bantu kita untuk pemberian vaksin di Kuala Lumpur dan Selangor. ” katanya.

“Kita ambil keputusan tambah 2,229 dari Selangor dan 1,254 di Kuala Lumpur untuk bantu kita beri vaksin.”

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.