- Iklan -
Berita

Vaksinasi Pikas dipercepat dengan pendaftaran secara dalam talian

Syarikat yang menghantar permohonan melalui emel diminta memasukkan maklumat syarikat di dalam talian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Setakat 14 Julai 2021, sebanyak 10,522 syarikat yang melibatkan 903,244 orang pekerja di seluruh negara telah mendaftar di dalam Pikas.
Setakat 14 Julai 2021, sebanyak 10,522 syarikat yang melibatkan 903,244 orang pekerja di seluruh negara telah mendaftar di dalam Pikas.

Pendaftaran Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) bagi sektor pembuatan akan dipercepatkan dengan pelaksanaan pendaftaran secara atas talian, kata kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) hari ini.

Syarikat yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman sesawang: http://pikas.miti.gov.my

“Syarikat-syarikat yang menghantar maklumat mereka melalui emel sebelum ini untuk memasukkan maklumat syarikat mereka di sistem atas talian Pikas supaya maklumat tersebut lengkap bagi tujuan penyelarasan dan pemprosesan,” kata Miti dalam sebuah kenyataan.

Miti turut berkata Pikas telah mendapat sambutan yang tinggi dan telah membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.

“Setakat 14 Julai 2021 juga, sebanyak 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pikas telah memulakan operasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Ekoran sambutan tinggi tersebut Miti dengan kerjasama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) turut melipatgandakan usaha menambah bilangan PPV Pikas sedia ada.

Setakat 14 Julai 2021, sebanyak 10,522 syarikat yang melibatkan 903,244 orang pekerja di seluruh negara telah mendaftar di dalam Pikas. Daripada jumlah ini 101,117 telah menerima dos pertama vaksinasi.