- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian catat 434,828 dos, tertinggi setakat 14 Julai

12.3% daripada populasi rakyat Malaysia sudah menerima dos lengkap vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Team Outreach vaksinasi di menyasarkan kumpulan berisiko tinggi di kawasan perumahan turut dijalankan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Team Outreach vaksinasi di menyasarkan kumpulan berisiko tinggi di kawasan perumahan turut dijalankan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Jumlah pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan semalam, iaitu jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 12,647,558 dos.

“Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3% daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya.