Monday, July 26, 2021

Selangor patut contohi Muhyiddin, bantuan diberikan tanpa mengira parti

Pendekatan Muhyiddin juga wajar dijadikan iktibar supaya semua kawasan mendapat bantuan.

Other News

Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor menyarankan kerajaan negeri mencontohi Perdana Menteri Muhyiddin Yasin yang memberi bantuan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti.

Timbalannya Ketua Pemuda PN Selangor Asyraf Halim berkata pendekatan Muhyiddin juga wajar dijadikan iktibar supaya semua kawasan mendapat bantuan.

“Tidak wajar sebagai ahli politik hanya menuding jari dan hanya melihat salah kerajaan pusat. Rakyat kini amat memerlukan semua jenis bantuan dan perhatian sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kerajaan negeri Selangor seharusnya mencontohi perkara ini dari hanya bermain politik dan sekadar melepas batuk di tangga.”

Beliau yang juga ketua Bersatu Subang turut menegaskan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari harus lebih gigih membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dan sekatan pergerakan penuh.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan bantuan RM 300,000 kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik, sama ada kerajaan atau pembangkang untuk menyediakan program bakul makanan yang akan diuruskan oleh pusat khidmat ahli Parlimen masing-masing.

Program Bakul Prihatin Negara merupakan tindak balas proaktif terhadap masalah yang menimpa rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan sebahagian daripada program Pelan Pemulihan Negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles