- Iklan -
Berita

Kes baru jangkau 13,000 jangkitan, 46% dicatat di Selangor

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 6,120.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menjalankan disinfeksi kawasan di PPV Labuan. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan menjalankan disinfeksi kawasan di PPV Labuan. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13,215 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 880,782.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,120 disusuli Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), dan Sarawak (363).

Hanya Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,095 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 765,800.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 108,369.

Dalam pada itu, 885 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 432 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 110 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,613.