Thursday, July 29, 2021

Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenarkan beroperasi bermula 16 Julai

Keputusan mengambil kira keperluan PdPR yang dipraktikkan di setiap peringkat pengajian.

Other News

Pengusaha kedai komputer, telekomunikasi, kedai buku dan alat tulis boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan premis-premis itu beroperasi bermula esok.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pandemik Covid-19 mengubah cara pembelajaran harian di setiap pertingkat pengajian yang kini mempraktikkan sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Kebenaran ini diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa ganguan.

“Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu pengusaha kedai buku dan alat tulis dilaporkan merayu agar dibenarkan beroperasi mengambil kira keperluan PdPR.

Dalam pada itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Ismail turut mengumumkan penamatan PKPD di sembilan lokaliti di ibu kota.

Sembilan lokaliti itu ialah di Sri Semarak, Batu Muda, Kampung Baru Air Panas, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 2), Flat Sri Sabah, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

PKPD di enam lokaliti di Sabah dan di dua mukim di Kuantan, Pahang turut ditamatkan esok.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles