- Iklan -
Berita

UK catat 50 korban Covid-19, tertinggi sejak April

Data rasmi juga menunjukkan bahawa 36,660 kes baru turut direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
United Kingdom akan membatalkan sekatan pergerakan dan sosial pada 19 Julai depan. Gambar: AP
United Kingdom akan membatalkan sekatan pergerakan dan sosial pada 19 Julai depan. Gambar: AP

United Kingdom melaporkan 50 kematian dalam tempoh 24 jam semalam, ia adalah jumlah tertinggi sejak April selain lonjakan mendadak dari enam kematian sehari sebelumnya, ketika negara itu sedang bersedia untuk melonggarkan sekatan Covid-19 pada 19 Julai depan.

Data rasmi juga menunjukkan bahawa 36,660 kes baru turut direkodkan.

Ini juga merupakan peningkatan dari 34,471 jangkitan baru yang dilaporkan sehari sebelumnya, dan 28,773 kes dan 37 kematian dicatatkan kira-kira seminggu lalu.

Data Perkhidmatan Kesihatan Nasional England menunjukkan jangkitan baru negara itu setiap hari melebihi 30,000 di UK, dengan purata kematian satu digit.

Situasi demikian dihadapi negara itu walaupun program vaksinasinya berjaya menyasarkan inokulasi dua pertiga orang dewasa yang telah menerima suntikan lengkap vaksin.

Setiausaha Kesihatan Sajid Javid berkata bahawa jumlah kes boleh mencapai sehingga 100,000 sehari dalam masa beberapa bulan akan datang, namun menekankan bahawa kaitan antara kemasukan pesakit ke hospital dan kematian sudah “sangat lemah”.

19 Julai depan, UK akan membatalkan sebagian besar sekatan sosial di negara itu.

Perdana Menteri Boris Johnson berkata sangat penting untuk terus ambil sikap “berhati-hati”, dan mengingatkan bahawa “pandemik ini belum berakhir”

Menurut saintis kerajaan, kemuncak gelombang wabak di negara itu ketika ini tidak dijangka berlaku sebelum pertengahan Ogos, ia mungkin menyaksikan 1,000 atau 2,000 kemasukan pesakit ke hospital bagi satu hari.