- Iklan -
Berita

Persatuan pengilang tolak dakwaan persalahkan kilang berhubung lonjakan Covid-19

Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia berkata analisis data dari kementerian kesihatan menunjukkan kes sporadik catat angka paling tinggi.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
FMM berkata adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan menyalahkan kilang-kilang sedangkan hakikatnya kes sporadik catat kes paling tinggi.
FMM berkata adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan menyalahkan kilang-kilang sedangkan hakikatnya kes sporadik catat kes paling tinggi.

Persatuan pengilang mewakili 10,000 syarikat hari ini menolak dakwaan yang tersebar luas kononnya sektor pembuatan perlu dipersalahlan kerana menjadi punca peningkatan jangkitan Covid-19.

Dalam sebuah kenyataan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) memetik kementerian kesihatan majoriti kes positif Covid-19, terutama kes yang dicatat tahun ini adalah berpunca daripada jangkitan sporadik dan bukan daripada kluster kilang.

“Walaupun perlu diakui risiko jangkitan-jangkitan di kilang tidak boleh diketepikan, tertama ketika peratusan kes-kes sporadik dan virus yang berada dalam komuniti, hal ini sudah tentu tidak boleh disamakan dengan kekurangan pematuhan SOP Covid-19 di kilang-kilang, ia adalah kesimpulan yang tidak adil.

Ia turut menambah sektor pembuatan adalah antara tunggak utama perkembangan ekonomi, dan menyifatkan impak penutupan kilang sebagai sangat “menyakitkan”.

“Perniagaan tidak boleh dilangsungkan jika operasi kilang ditutup atau kapasitinya dikurangkan, ia akan membawa kepada kesan-kesan yang menjejaskan ekonomi dengan kehilangan pekerjaan kerana rantaian pembekalan yang besar dan jaringan yang terlibat dalam sektor pengilangan.”

“Sebagai pemangkin pertumbuhan yang menyumbang sekitar 23% dari KDNK termasuk 86% daripada keseluruhan eksport dan sumber permintaan utama untuk output daripada sektor ekonomi yang lain, sangat jelas sektor pengilangan mesti dibenarkan untuk terus beroperasi di tengah-tengah pandemik Covid- 19,” katanya.

“Perniagaan tidak boleh dilangsungkan jika operasi kilang ditutup atau kapasitinya dikurangkan, ia akan membawa kepada kesa-kesan yang menjejaskan ekonomi dengan kehilangan pekerjaan kerana rantaian pembekalan yang besar dan jaringan yang terlibat dalam sektor pengilangan.”

Katanya, virus itu masih boleh menular di kawasan kilang melalui kes sporadik tidak bergejala walaupun terdapat SOP dan langkah pencegahan dilaksanakan.

Soh berkata sumber-sumber jangkitan itu sering tidak dapat dikesan dalam masyarakat di mana kemungkinan besar ia berasal.

Sebaliknya, katanya, jangkitan dikesan di kilang-kilang di mana satu jangkitan berkaitan komuniti dalam kalangan pekerja membawa kepada pengesanan saringan lebih banyak pekerja melalui pengesanan kontak rapat.

“Ia kemudian dilaporkan sebagai kluster tempat kerja oleh pihak berkuasa, sehingga menimbulkan salah faham bahawa tempat kerja, terutama kilang, adalah sumber utama jangkitan.”

Beliau mendesak kerajaan untuk menutup perniagaan-perniagaan tertentu di mana kes Covid-19 dikesan dan bukannya mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di seluruh kawasan.

“Mengenakan syarat operasi yang ketat terhadap semua perniagaan adalah tidak adil kepada syarikat yang tidak terjejas terutama syarikat yang mempunyai rekod bersih dan mengekalkan tahap SOP yang tinggi dan langkah pencegahan di tempat kerja,” katanya.

“Kepentingan sektor pengilangan dalam ekonomi Malaysia mesti dihargai oleh semua pihak.”