- Iklan -
Berita

Kes baru jangkau 11,000, korban Covid-19 ragut 118 nyawa

Selangor sumbang lebih 5,000 kes dalam jangkitan baru seluruh negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Program Outreach Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Sabak Bernam tertumpu kepada golongan uzur disebabkan penyakit yang dihidapi mereka, kumpulan kesihatan ini bergerak dari rumah ke rumah dengan memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada mereka yang telah berdaftar.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 11,618 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 867,567.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,051 disusuli Kuala Lumpur (1,749), Negeri Sembilan (1,537), Melaka (526), Kedah (504), Pahang (400), Johor (396), Sarawak (289), dan Sabah (286).

Hanya Perlis (3) yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,377 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 759,705.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 101,359.

Dalam pada itu, 878 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 432 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 118 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,503.