- Iklan -
Berita

Pejuang nafi khabar angin kerjasama dengan Bersatu

Pejuang mahu menumpukan usaha memerangi Covid-19 dan penyelesaian isu ekonomi dan sosial negara ketika pandemik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah temu bual bersama MalaysiaNow.
Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah temu bual bersama MalaysiaNow.

Parti serpihan Bersatu, Pejuang hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa ia akan kembali bekerjasama dengan parti lamanya, mengatakan ketika ini ia menumpukan usaha untuk perbincangan dan mencari jalan penyelesaian kepada Covid-19 selain masalah berkaitan kesihatan, ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat Malaysia.

Dalam sebuah kenyataan, Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad telah beberapa kali menolak dakwaan tersebut, menambah biro politik partu itu juga tidak pernah berbincangan mengenai kerjasama dengan Bersatu.

“Fokus kepada perbincangan menangani Covid-19 dalam kerangka majlis pemulihan negara yang dicadang oleh parti,” katanya.

“Andai Pejuang berniat untuk kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional, tidak perlu pihak kami bertungkus lumus berusaha mendapatkan kelulusan parti. Lebih baik sahaja kami kembali pada parti lama.”

Beliau turut berkata pendaftaran Pejuang pada 8 Julai adalah selari dengan keputusan mahkamah yang memberi 14 hari kepada kementerian dalam negeri untuk membuat keputusan kepada rayuan pendaftaran kami.

“Tiada perbincangan belakang atau pencaturan politik, keputusan ini adalah hasil keputusan mahkamah,” katanya.

Pejuang ditubuhkan oleh Mahathir dan beberapa ahli Parlimen lain selepas mereka dipecat dari Bersatu pada Mei tahun lalu.

Pada 8 Julai lalu, Mahathir mengumumkan Pejuang berjaya diluluskan sebagai seuah parti politik.

“Kami berpendapat cara kami bukan untuk menimbul masalah,” katanya.

“Kita buat melalui undang-undang. Tak ada sebab kita tak boleh didaftar.”