Thursday, July 29, 2021

Kes baru Covid-19 Indonesia terus meningkat, hampir cecah 48,000

47,899 kes baru direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,615,529 kes.

Other News

Semakin meruncing, kes baru Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat dan hampir mencecah 48,000 kes, hari ini.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 47,899 kes baru direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,615,529 kes.

Sebanyak 865 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 68,219 .

Angka yang tinggi itu dicatatkan walaupun pemerintah Indonesia menguatkuasakan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali sejak 3 Julai lepas, selain mengetatkan lagi protokol kesihatan di pelbagai sektor sosio dan ekonomi.

Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati dalam satu kenyataan hari ini berkata PPKM Darurat diperpanjangkan selama enam minggu lagi bermula hari ini.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor bukan penting, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles