- Iklan -
Berita

Arab Saudi luluskan penerima vaksin Sinovac tunai haji dan umrah

Keputusan terbaru Arab Saudi itu diumumkan Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksin Sinovac  diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Gambar: AFP
Vaksin Sinovac diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Gambar: AFP

Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan suntikan vaksin Sinovac, membenarkan jutaan penganut Islam yang divaksinasi dengan vaksin keluaran China tersebut untuk menunaikan haji dan umrah.

Keputusan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad memaklumkan perkara tersebut menerusi satu ciapan di Twitter.

Beliau berkongsi garis panduan dari kementerian kesihatan Arab Saudi, yang antara lain menyenaraikan vaksin Sinovac dan Sinopharm sebagai antara enam jenis vaksin yang diiktiraf negara monarki itu.

Antara vaksin lain yang diiktiraf negara itu adalah Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan Janssen.

Sinovac adalah atara tiga vaksin yang digunakan Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.