Sunday, July 25, 2021

Sarawak beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

Negeri itu menyertai tujuh lagi negeri pada 14 Julai ini.

Other News

Sarawak akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara pada 14 Julai depan, menyertai tujuh buah negeri lain yang sudah berada di bawah fasa tersebut.

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata keputusan tersebut dibuat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas Sarawak dikenal pasti memenuhi tiga indikator peralihan fasa.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, JPBN berkata prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan ketika ini akan terus berkuat kuasa sehingga 11.59 malam pada 13 Julai.

Sarawak menyertai Sabah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak dalam peralihannya ke fasa kedua PPN.

SOP baru yang terperinci bagi fasa baru negeri itu akan dikeluarkan MKN dan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.mkn.gov.my.

Orang ramai turut digesa untuk terus mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri yang ketat supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles