Monday, July 26, 2021

Sabah rekod 1 kluster baru tempat kerja

Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berumur 4 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala.

Other News

Sabah merekodkan satu kluster baru Covid-19 semalam iaitu kluster Kayu Patikang, yang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes indeks bagi kluster itu ialah seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berumur empat tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau.

“Saringan kontak di lapangan mendapati 16 lagi kes dengan keputusan positif RTK-Antigen semalam (10 Julai). Pada tarikh yang sama, dua lagi kes positif RTK-Antigen dilaporkan oleh Pusat Kuarantin Sementara, IPG (Institut Pendidikan Guru) Keningau melalui saringan seumpamanya.

“Setakat hari ini, daripada 88 kontak yang disaring, terdapat 19 kes positif termasuk 18 kes baru,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 berkata, secara keseluruhan negeri itu mencatatkan 271 kes baru semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,313 kes, manakala seramai 245 orang sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sebanyak 69,351 orang setakat ini.

Beliau berkata seramai 1,911 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 393 orang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) (1,501 orang) serta pusat tahanan sementara dan penjara (17).

Mengulas perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Sabah, Masidi berkata sehingga hari ini seramai 705,178 rakyat negeri itu telah menerima suntikan vaksin menerusi program berkenaan.

Daripada jumlah itu, Masidi berkata 409,445 individu adalah penerima suntikan dos pertama manakala selebihnya iaitu 295,733 orang, telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan.

Jumlah rakyat Sabah mendaftar sebagai penerima vaksin turut meningkat kepada 939,380 orang atau 34.1% dengan 5,830 daripadanya adalah pendaftaran baru yang direkodkan hari ini, katanya.

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles