- Iklan -
Berita

102 korban Covid-19 dicatat, kes baru rekod 8,574 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak melebihi 4,000.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penerima vaksin menunggu giliran untuk divaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.
Seorang penerima vaksin menunggu giliran untuk divaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 8,574 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 844,870.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,308 disusuli Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411), Johor (407), Pahang (314), Sabah (298), dan Sarawak (235).

Hanya Perlis sahaja yang tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,041 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 747,338.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 91,272.

Dalam pada itu, 964 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 452 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 102 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,260.