Friday, July 16, 2021

Rafizi ‘sekolahkan’ pembantu Kit Siang berhubung operasi kilang Selangor

Rafizi berkata sebelum mengkritik, Syahredzan perlu merujuk Akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.

Other News

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini “menyekolahkan” setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan behubung operasi kilang di Selangor yang didakwa menjadi punca peningkatan kes Covid-19.

Rafizi berkata sebelum mengkritik, Syahredzan yang juga seorang peguam perlu merujuk Akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.

“Bacalah Akta dulu. Awak tu peguam sebelum nak sindir orang,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.

“Tumpukan pada penyelesaian. Kalau kerajaan pusat sekat, awak akan dapat keuntungan politik kerana mencuba. Itu pun nak kena ajar.”

Rafizi yang juga bekas ahli Parlimen Pandan melampirkan kandungan Akta PBT seperti kuasa am untuk membuat undang-undang kecil, lesen, kuasa kerajaan negeri memberi arahan dan beberapa lagi.

Terdahulu, Syahredzan dalam akaun Twitternya menulis: “Kita marah bila kerajaan main buat suka hati, macam tiada undang-undang. Lepas itu ada pula yang minta kerajaan negeri buat suka hati.”

Syahredzan dipercayai merujuk kepada ciapan Rafizi di Twitter sebelum itu yang mendesak Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi jawapan mengenai kilang-kilang yang masih beropesi di negeri itu.

“Kes Covid-19 tak turun-turun, ramai minta tutup operasi kilang.

“Soalan kepada kerajaan Selangor dan Amirudin, kalau kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) bagi lesen pelepasan pun tapi kerajaan Selangor tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup jugakan? Kenapa tak buat begitu? Mohon sekolahkan saya,” tulis Rafizi.

Katanya, berdasarkan pengetahuannya, kuasa ada kepada kerajaan negeri Selangor kecuali ia digantung disebabkan darurat.

“Tak tahu pula semua digantung sedemikian rupa,” katanya.

Rafizi turut menyelar penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak mengaku kesalahan sendiri hingga membuatkan rakyat menyampah.

“Orang tanya isu mudah, kenapa tak teroka kuasa negeri untuk tutup operasi kilang buat sementara waktu?

“Dia suruh bisik-bisik, ini isu awam, bukan nak tutup kelemahan dalam kain. Sebab itu dulu ramai pemimpin PH ikut je Che Det (Dr Mahathir Mohamad).”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles