- Iklan -
Berita

Pertukaran kepimpinan bukan jawapannya, kata persatuan majikan

MEF gesa tumpu usaha pulihkan kehidupan dan kelangsungan hidup rakyat berbanding mendapatkan sokongan politik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Persekutuan Majikan-Majikan Malysia gesa semua pihak kekalkan kestabilan politik  dalam negara dan tumpu usaha pada membantu kehidupan rakyat.
Persekutuan Majikan-Majikan Malysia gesa semua pihak kekalkan kestabilan politik dalam negara dan tumpu usaha pada membantu kehidupan rakyat.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata mengekalkan kestabilan politik dalam negara adalah penting dalam usaha memerangi Covid-19, memberi amaran sebarang ketidakstabilan akan menjejaskan usaha untuk mencegah penularan virus.

Dalam sebuah kenyataan, Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman berkata semua pihak yang berkenaan harus mengutamakan kehidupan dan kelangsungan hidup orang ramai dan bukannya melobi untuk mendapatkan sokongan politik.

“Negara memerlukan kestabilan politik sepanjang pandemik ini, untuk pemimpin baru ambil alih pengurusan Covid-19 mungkin tidak bagus kerana mereka mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk berfikir sebelum mereka bertindak, sedangkan kita perlukan tindakan pantas,” katanya.

Beliau turut menambah MEF adalah sebuah organisasi yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, mengatakan sebuah kerajaan yang memiliki komuniti perniagaan dan memikirkan keadaan rakyat sangat diperlukan untuk mempromosi persekitaran perniagaan yang baik untuk mengembangkan perniagaan, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan ketika ini sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangani masalah sepanjang wabak ini, mengulangi gesaan MEF untuk sektor ekonomi dibuka semula.

“Adalah mustahil untuk bertempu di kedua-dua bidang utama dan pada masa yang sama krisis Covid-19 dan juga krisis kehidpan rakyat yang dihadapi akibat lockdown yang berpanjangan,” katanya.

“Kita harus segera membuka ekonomi dengan fokus kepada sektor industri yang terkesan agar rakyat dapat memperoleh pendapatan.”

Menyebut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia agar kerajaan mengelak pelaksanaan “lockdown” ekoran akibat buruknya, beliau mendesak kerajaan untuk fokus terhadap “pengurusan Covid-19”.

“Cuba melakukan kedua-duanya pada masa yang sama adalah mustahil,” katanya.