- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal lepasi 9,000 bagi hari ketiga

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,682 .

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gelagat seorang orang kelainan upaya (OKU) yang memakai topeng semasa hadir untuk menerima vaksin Sinovac secara pandu lalu di Menara Sime Darby Plantation, Subang.
Gelagat seorang orang kelainan upaya (OKU) yang memakai topeng semasa hadir untuk menerima vaksin Sinovac secara pandu lalu di Menara Sime Darby Plantation, Subang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 9,105 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 836,296.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,682 disusuli Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382), Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), dan Pulau Pinang (243).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,194 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 742,297.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 80,665.

Dalam pada itu, 961 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 455 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 91 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,158.