- Iklan -
Berita

GPS ulangi ikrar sokong Muhyiddin

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata sekarang bukan masa untuk politiking, melainkan bersatu hadapi krisis pandemik.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg selepas sidang media hari ini.
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg selepas sidang media hari ini.

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengulangi pendiriannya untuk menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN), mengatakan gabungan itu tidak akan mengalihkan sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada sidang media di Kuching, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata penting adalah penting ketika ni untuk menjaga kestabilan politik, terutama ketika negara masih memerangi wabak Covid-19.

“Kami telah bincangkan dan capai konsensus mengenai apa yang berlaku di Kuala Lumpur,” katanya.

“Pendirian kami, GPS menyokong kerajaan PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.”

Abang Johari turut mendesak semua ahli politik untuk berganding bahu dalam menghadapi krisis Covid-19.

“Ini bukan masa untuk politicking yang boleh merosakkan kestabilan. Ini adalah masa untuk semua ahli politik bersatu, dan bawa negara keluar daripada krisis pandemik ini.”