- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 9,000 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,400.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas sukarelawan dari Malaysia Airlines (MAS) membantu penerima vaksin yang menghadiri temujanji ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), mereka berperanan menguruskan hospitaliti di PPV dan membantu golongan yang memerlukan di Axiata Arena Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 9,180 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 817,838.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,400 disusuli Kuala Lumpur (1,271), Negeri Sembilan (899), Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323), Johor (315), dan Perak (241).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,713 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 731,193.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 80,665.

Dalam pada itu, 950 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 465 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 77 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,980.