Friday, July 30, 2021

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 dijangka catat 1.09 semalam

Kebanyakan negeri dijangka mencatatkan Rt melebihi nilai 1.0 manakala empat negeri mencatat nilai bawah satu.

Other News

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian bagi seluruh negara pada hari semalam adalah 1.09, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.28.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter beliau malam tadi, kebanyakan negeri dijangka mencatatkan Rt melebihi nilai 1.0 manakala empat negeri mencatat nilai bawah satu.

“Negeri-negeri yang dijangka mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Perak (nilai Rt 1.18), Kuala Lumpur (nilai Rt 1.16), Selangor (nilai Rt 1.14), Pahang (nilai Rt 1.10), Kedah (nilai Rt 1.08), Sabah dan Pulau Pinang (nilai Rt 1.07), Melaka (nilai Rt 1.06), Terengganu (nilai Rt 1.04) serta Negeri Sembilan (nilai Rt 1.02).

“Negeri yang dijangka mencatatkan nilai bawah satu pula adalah Johor (nilai Rt 0.96), Kelantan (nilai Rt 0.90), Labuan dan Sarawak masing-masing catat nilai Rt 0.86,“ katanya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles