- Iklan -
Berita

Ismail Sabri mulakan tugas sebagai TPM

Ismail disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jamil Rakon.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas di Perdana Putra hari ini. Gambar: BernamaBeliau juga kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan selepas dilantik memegang jawatan itu pada Rabu lalu.?Turut sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).??--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Bersut serba biru, ketibaan Ismail di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jamil Rakon.

Ismail, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio menteri kanan pertahanan.

Ismail mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani buku selamat datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan pejabat ketua setiausaha negara.