- Iklan -
Berita

Vaksinasi dalam negara catat lebih 10 juta dos semalam

Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,999,554 orang. Daripada jumlah itu, 3,036,807 orang juga terima dos kedua

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua  kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.

Jumlah keseluruhan suntikan vaksin yang diberikan dalam negara catat 10,036,361 juta dos suntikan semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam sebuah ciapan Twitter berkata 375,842 dos suntikan telah diberikan semalam, jumlah tersebut adalah rekod tertinggi vaksinasi harian setakat ini.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,999,554 orang. Daripada jumlah itu, 3,036,807 orang juga terima dos kedua,” kata Adham.

Sarawak mendahului dengan 43,834 dos kedua berjaya diberikan semalam, ia disusuli Selangor (30,964), Kuala Lumpur (20,784), Johor (14,146) dan Sabah (11,535).

Sementara Selangor mendahului dari sudut angka keseluruhan dos kedua dengan 421,384 suntikan diberikan setakat ini. Ia disusuli Sarawak (401,408), Kuala Lumpur (290,256), Sabah (265,407) dan Kedah (205,920).