Tuesday, July 27, 2021

Sabah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

Peralihan ke fasa itu bermula pada 10 Julai.

Other News

Sabah akan menyertai enam lagi negeri ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 10 Julai, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata Majlis Keselamtan Negara (MKN) bersetuju untuk peralihan tersebut dilaksanakan berdasarkan kejayaan negeri itu mencapai sasaran tiga indikator utama PPN.

Sabah menyertai Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak selepas mendapat lampu hijau untuk beralih ke fasa kedua PPN.

Berhubung trend angka jangkitan yang tinggi di Selangor, Ismail berkata kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di negeri Selangor seterusnya membantu KKM menangani situasi pandemik Covid-19 di negeri tersebut ketika ini.

Beliau berkata kementerian kesihatan hmengesahkan purata kes harian di negeri Selangor dalam tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan trend peningkatan secara mendadak dengan jumlah kluster yang semakin meningkat.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles