- Iklan -
Berita

Covid-19 ragut lebih 4 juta nyawa di seluruh dunia

AS kekal menjadi negara paling tinggi mencatat kes kematian sebanyak 606,215 menyumbang 15% kematian secara global.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tanah perkuburan Covid-19 di San Juan Bautista, Iquitos, Peru. Gambar: AP
Tanah perkuburan Covid-19 di San Juan Bautista, Iquitos, Peru. Gambar: AP

Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi angka empat juta iaitu sebanyak 4,000,269 pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Universiti Johns Hopkins lebih 185 juta kes dilaporkan pada 9.21 malam waktu tempatan.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 33,769,829 kes dan 606,215 kematian, menyumbang lebih 18% daripada jumlah kes global dan lebih 15% kematian.

Brazil pula mencatatkan 528,540 kematian diikuti India sebanyak 404,211.

Negara yang mencatatkan lebih 120,000 kes kematian termasuk Mexico, Peru, Rusia, Britain dan Itali.

Kematian Covid-19 di dunia mencecah satu juta pada 28 September 2020, dua juta pada 15 Januari 2021 dan melebihi tiga juta pada 17 April 2021.