- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian sekali lagi catat rekod tertinggi

Jumlah yang menerima dos pertama ialah 6,791,759 orang sementara, 2,868,760 orang menerima dos kedua.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling membuang jarum suntikan ke dalam bekas khas di Pusat Pemberian Vaksin di Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling membuang jarum suntikan ke dalam bekas khas di Pusat Pemberian Vaksin di Anjung Kelana, Taman Desa.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam sekali lagi mencatat rekod baru pemberitan vaksin sebanyak 340,043 dos suntikan sehari menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 6 Julai 2021 ialah 9,660,519 dos.

Setakat ini, jumlah yang menerima dos pertama ialah 6,791,759 orang. Daripada jumlah itu, 2,868,760 orang juga terima dos kedua.

Kerajaan menyasarkan 10% populasi menerima vaksin lengkap pada pertengahan Julai.

Sarawak merekodkan suntikan dos kedua tertinggi sebanyak 31,289, disusuli Selangor (22,525), Kuala Lumpur (14,124), Johor (10,167) dan Sabah (10,056).