- Iklan -
Berita

Peranti ujian saringan kendiri air liur capai sensitiviti 90%, kata KP kesihatan

Kajian dijalankan IMR telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Bernama

Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19, mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata kajian yang dijalankan IMR telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.

“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Katanya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.