- Iklan -
Berita

Kes baru kekal catat angka lebih 7,000

Selangor kekal catat kes tertinggi sebanyak 3,119.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk PPRT Pangsapuri Pantai Ria menjemur pakaian di hadapan balkoni rumahnya, kawasan ini dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) apabila beberapa penduduk di kawasan itu dikesan dijangkiti virus Covid19.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,097 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 799,790.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,119 disusuli Kuala Lumpur (1,005), Negeri Sembilan (788), Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244), dan Johor (224).

Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 4,863 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 719,678.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 74,344.

Dalam pada itu, 948 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 91 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,768.