- Iklan -
Berita

PICK lepasi sasaran 300,000 dos sehari

Dr Adham Baba berkata jumlah tersebut adalah yang tertinggi setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua  kepada penghuni yang menghuni di Pusat Transformasi Gelendangan Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua kepada penghuni yang menghuni di Pusat Transformasi Gelendangan Anjung Kelana, Taman Desa.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hari ini melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 5 Julai 2021 ialah 9,320,476 dos.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba jumlah tersebut adalah yang tertinggi setakat ini.

“Jumlah yg terima dos pertama ialah 6,585,002 orang. Daripada jumlah itu, 2,735,474 orang juga terima dos kedua,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pencapaian tersebut menunjukkan program vaksinasi negara berada di landasan yang tepat.

“Kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada di landasan yang tepat,” katanya dalam sebuah ucapan di Facebook.

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba, pasukan barisan hadapan, sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah bersama menjayakan program vaksinasi terbesar di negara ini.”

Kerajaan menyasarkan 10% populasi negara mendapat suntikan vaksin lengkap pada pertengahan Julai ini.