- Iklan -
Berita

Semua vaksin sama saja di mana pun ia dibuat, kata Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata tidak seharusnya ada diskriminasi berhubung dari mana vaksin itu dibuat kerana formula sama digunakan oleh makmal pembuatannya.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Gambar: Bernama
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Gambar: Bernama

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengkritik keputusan Kesatuan Eropah (EU) yang hanya membenarkan pelancong divaksinasi dengan vaksin buatan Barat sahaja masuk ke negara mereka, mengatakan perkara itu harus dijelaskan di peringkat antarabangsa bagi mencegah diskrimasi.

Ulasan beliau itu adalah respons terhadap beberapa laporan yang mengatakan EU hanya mengiktiraf jenama Vaxzevria dari AstraZeneca yang diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Ia turut mengeluarkan vaksin AstraZeneca yang digunakan di Malaysia yang dibuat di Korea Selatan, Thailand dan Jepun selain jenama Covishield, versi AstraZeneca yang dibuat di India.

Khairy berkata Malaysia berharap tiada sebarang diskriminasi mengenai di mana vaksin itu dibuat kerana formulanya adalah sama di mana-mana tempat pembuatan vaksin.

“Kilang AZ guna formula sama, sama ada di EU, Korea Selatan, India ataupun Thailand, semua vaksin sama,” katanya di PPV Seri Kembangan.

Beliau turut berkata pihaknya akan meminta penjelasan mengenai perkara itu daripada wakil EU di Malaysia.

Beliau berkata pendirian Malaysia adalah sekiranya vaksin itu adalah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka negara lain juga harus mengiktiraf mereka yang sudah diberi vaksin tersebut.

“Kedua, kita harap bahawa tiada diskriminasi daripada kilang mana vaksin itu datang. Kilang AZ guna formula sama, sama ada di EU, Korea Selatan, India ataupun Thailand, semua vaksin sama,” jelas Khairy lagi.

Pada 23 Jun lalu, Khairy mengecam negara-negara maju yang membolot bekalan vaksin ketika masih banyak negara membangun menghadapi kekurangan bekalan bagi program inokulasi negara mereka.

“Kebanyakan kilang vaksin ini terletak di Eropah. Jadi mereka boleh bolot lebih awal.

“Tindakan mereka juga menyebabkan negara Asia termasuk Jepun yang dikenali sebuah negara yang mahu turut terkebelakang apabila membabitkan vaksinasi berbanding Eropah seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada manakala Amerika Selatan yang menerima bantuan Amerika Syarikat juga mencapai imuniti kelompok lebih awal,” kata Khairy.

Khairy mengakui derma vaksin dari negara-negara maju yang bakal diterima Malaysia.

“Namun ini tidak menghalalkan apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu, iaitu tindakan cuba menyudutkan pasaran vaksin,” tambahnya.