- Iklan -
Berita

Perdana menteri pengerusikan mesyuarat MKN hari ini

Muhyiddin dibenarkan menyambung tugas selepas mendapat rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membabitkan langkah-langkah membendung penularan Covid-19.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun semalam dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata Muhyiddin kini beransur stabil dan boleh menjalankan tugasan di hospital dan dijangka akan dibenarkan pulang beberapa hari lagi.

Pada 2018, Muhyiddin menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi.