- Iklan -
Berita

Kerajaan setuju 5 hari sidang Dewan Rakyat mulai 26 Julai

Dewan Negara turut bersidang selama tiga hari bermula 3 Ogos depan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Parlimen bersidang akhir bulan Julai selepas ditangguh sejak Januari lalu. Gambar: Bernama
Parlimen bersidang akhir bulan Julai selepas ditangguh sejak Januari lalu. Gambar: Bernama

Kerajaan hari ini bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan khas Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos depan.

Sementara itu, kenyataaan Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengumumkan penetapan 3 hingga 5 Ogos depan untuk sidang Dewan Negara.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peratura bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang ditentukan oleh Majlis Kesleamatan Negara dan kementerian kesihatan Malaysia (KKM),” kata PMO dalam kenyataan selepas mesyuarat MKN hari ini.

Menurut PMO juga, nota jemaah menteri telah diedar secara berutus kepada jemaah menteri untuk makluman keputusan berhubung sidang Parlimen tersebut.

Jun lalu, Agong dan Raja-Raja Melayu telah menggesa supaya Parlimen bersidang semula secepat mungkin bagi membincangkan ordinan-ordinan darurat, dan langkah-langkah menangani pandemik Covid-19 sepanjang tempoh darurat yang dijadualkan berakhir awal Ogos depan.

Gesaan tersebut dibuat selepas pertemuan bersama Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dianggaotai bekas ketua hakim negara Ariffin Zakaria dan dianggotai kerajaan dan pembangkang selain pakar kesihatan negara secara dwipartisan.