- Iklan -
Berita

AS sedia guna suntikan ‘penggalak’ vaksin jika perlu

Pakar akan memutuskan perkara tersebut selepas mengumpulkan data yang mencukupi berdasarkan kajian klinikal.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seramai 156,982,549 penduduk AS sudah menerima dos vaksin Covid-19 lengkap, iaitu 47.3% daripada populasi negara itu. Gambar: AP
Seramai 156,982,549 penduduk AS sudah menerima dos vaksin Covid-19 lengkap, iaitu 47.3% daripada populasi negara itu. Gambar: AP

Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menggunakan suntikan ‘booster’ (penggalak) vaksin Covid-19 sekiranya pakar mengesyorkan, kata koordinator tindak balas Covid-19 Rumah Putih Jeffrey Zients, pada Ahad.

Berikutan varian Delta kian merebak ke seluruh dunia, beberapa negara, seperti United Kingdom dan Jerman, sedang melakukan persediaan untuk melancarkan kempen vaksin ‘booster’, lapor Sputnik.

“Apa yang boleh saya katakan jika booster diperlukan, kita sudah bersedia, seperti yang telah kita hadapi sepanjang pandemik ini. Kita mempunyai pelan kontingensi dan persediaan. Jadi jika keputusan dibuat bahawa booster diperlukan, kita sudah bersedia. Tetapi ia belum lagi diputuskan oleh doktor atau saintis,” kata Zients kepada CBS News.

Katanya, pakar akan memutuskan perkara tersebut selepas mengumpulkan data yang mencukupi berdasarkan kajian klinikal.

Seramai 156,982,549 penduduk AS sudah menerima dos vaksin Covid-19 lengkap, iaitu 47.3% daripada populasi negara itu.