- Iklan -
Berita

6,387 kes baru dicatat, Selangor kekal tertinggi

Kuala Lumpur catat kes harian kedua tertinggi sebanyak 819 jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa anggota polis dan tentera bertanya sesuatu kepada seorang lelaki ketika membuat kawalan pada laluan masuk ke PPRT Pangsapuri Pantai Ria yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD). hampir 50 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan PKPD bagi menangani peningkatan kes Covid-19.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,387 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 785,039.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,610 disusuli Kuala Lumpur (819), Negeri Sembilan (523), Sarawak (424), Johor (324), pahang (312), dan Kedah (273).

Hanya Perlis sahaja yang tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 4,532 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 710,018.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 69,447.

Dalam pada itu, 923 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 433 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 77 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,574.