- Iklan -
Berita

Keadaan Muhyiddin stabil, tiada tanda tumor berulang, kata PMO

Beliau kini boleh menjalankan tugas di samping mendapat rawatan di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: AP
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: AP

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini berkata Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan bertambah baik di hospital dan tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama berulang.

Muhyiddin dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu selepas mengalami diarea.

PMO berkata beliau menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau sehari sebelum itu.

PMO turut berkata keadaan beliau kini sudah stabil dan dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan di hospital.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.”

Muhyiddin didapati menghidap kanser pankreas pada 2018. Sejak itu, beliau menerima rawatan mengeluarkan tumor selain rawatan kimoterapi.

Pada Januari lalu, PMO menafikan Muhyiddin menerima rawatan lanjut, mengatakan ia adalah khabar angin yang mempunyai niat tidak baik.