- Iklan -
Berita

8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

Sebanyak 2,539,686 individu menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang kelainan upaya cacat penglihatan, berjalan keluar dari stesen vaksinasi selepas  menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing, Brickfield.
Orang kelainan upaya cacat penglihatan, berjalan keluar dari stesen vaksinasi selepas menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing, Brickfield.

Sebanyak 8,800,700 dos vaksin diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata sebanyak 2,539,686 individu menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690).