- Iklan -
Berita

8.5 juta dos vaksin diberikan setakat 2 Julai

Sebanyak 236,196 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan 167,059 dos pertama dan 69,137 dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang orang kelainan upaya cacat penglihatan berkata sesuatu kepada pegawai kesihatan sebelum menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing, Brickfield.

Sebanyak 8,582,893 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan 2,463,019 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 236,196 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan 167,059 dos pertama dan 69,137 dos kedua,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 333,432 orang diikuti Johor (258,636); Sarawak (257,408); Kuala Lumpur (221,020) dan Perak (219,044).