- Iklan -
Berita

Malaysia jauh ketinggalan untuk kembali normal, menurut kajian ketika PKPB dilaksanakan di Selangor, KL

Sebahagian negara dilihat segera kembali kepada suasana kehidupan sebelum pandemik Covid-19 walaupun mereka berdepan peningkatan kes jangkitan .

Staff Writers
3 minit bacaan
Kongsi
Seorang anggota tentera berdiri di pintu utama Pangsapuri Mentari Court, kawasan ini dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di bawah Daerah Petaling Jaya. Hampir 50 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah PKPD akibat peningkatan ke jangkitan Covid-19.
Seorang anggota tentera berdiri di pintu utama Pangsapuri Mentari Court, kawasan ini dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di bawah Daerah Petaling Jaya. Hampir 50 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah PKPD akibat peningkatan ke jangkitan Covid-19.

Indeks global yang dibuat oleh The Economist mendapati Malaysia berada di kedudukan terbawah dalam senarai 50 negara yang memiliki ekonomi paling besar di dunia dari sudut kembali ke suasana normal, ketika dua negeri bersiap sedia berdepan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Walaupun kebenaran menjalankan aktiviti dilakukan sebelum pandemik mungkin tidak mencerminkan kejayaan negara dalam membendung Covid-19, indeks tersebut bagaimanapun menunjukkan betapa lamanya dunia melalui sekatan pergerakan yang dijalankan seluruh dunia ketika virus itu pertama kali dikesan awal tahun lalu.

Indeks tersebut meletakkan tiga kategori yang luas termasuk pengangkutan, rekreasi dan jualan borong.

Ia juga meliputi lapan indikator seperti masa yang dihabiskan di luar rumah, di kedai, pejabat, pengangkutan awam, trafik jalan raya, penerbangan, pawagam dan aktiviti sukan.

Indeks yang dikemaskini secara mingguan itu juga turut menunjukkan Malaysia mendapat skor 27.3 susulan aktiviti-aktiviti hariannya masih jauh dari norma sebelum pandemik.

Dua aktiviti di Malaysia yang paling dekat dengan norma sebelum pandemik hanyalah aktviti di luar rumah seperti penggunaan pejabat dan aktiviti membeli-belah.

Dalam pada itu, pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas masih jauh daripada apa yang biasa berlaku sebelum Mac 2020, sementara perjalanan melalui penerbangan, aktiviti menonton wayang dan menyaksikan pertandingan sukan masih tidak kembali seperti sebelum pandemik.

Senarai indeks itu diungguli New Zealand dan Hong Kong, sementara beberapa negara Barat pula sedang mendekati sasaran kembali normal.

Ia kemudian diikuti oleh negara-negara membangun seperti Pakistan dan Nigeria.

Secara global, kesesakan lalu lintas dan waktu yang dihabiskan di luar rumah lebih segera kembali normal berbanding kategori aktiviti-aktiviti yang lain.

The Economist berkata hal ini mungkin disebabkan banyak kerajaan sukar untuk memaksa orang-ramai duduk di dalam rumah.

“Walaupun banyak kerajaan sudah memerintahkan rakyatnya untuk duduk di rumah, undang-undang tersebut bagaimanapun sukar dikuatkuasakan. Akhir April lalu, walaupun hampir setengah daripada populasi dunia dipertintahkan untuk berbuat demikian, purata global masa yang dihabiskan di luar rumah hanya menurun sebanyak 15%.

“Kadar kepatuhan juga dilihat kurang hari ini: sekitar 14% orang yang tidak dibenarkan keluar, namun masa yang dihabiskan di dalam rumah hanya 5% di bawah paras ketika 2019.”

Kadar untuk kembali ke norma sebelum pandemik juga mungkin disebabkan beerapa faktor yang tidak berkaitan Covid-19.

“Secara umumnya, negara-negara Asia kurang kembali ke suasana normal seperti yang anda boleh jangkakan. Sebaliknya, tingkah laku sudah berubah di tempat-tempat yang memiliki kebebasan sivil yang lebih kuat berbanding negara-negara serupa namun kurang bebas. Hal ini masuk akal jika penduduk di negara-negara yang cenderung percaya kepada pemimpin mereka, atau merasakan lebih banyak melabur terhadap kesejahteraan penduduk. Dan di negara-negara kaya di mana ramai orang boleh bekerja dari rumah, lebih tidak normal berbanding negara miskin.”

Indeks itu juga menunjukkan sebahagian negara yang mengalami beberapa gelombang jangkitan Covid-19 memiliki kadar normal yang lebih tinggi dari negara yang kurang jangkitan virus.

Sebagai contoh, Indonesia yang memiliki kes sebanyak 2.2 juta setakat ini dan merekodkan hampir 60,000 kematian, dan Filipina (1.4 juta kes dan mencatat 25,000 korban), lebih mendekati norma sebelum pandemik berbanding Malaysia yang semalam mencatat angka keseluruhan 758,967 kes jangkitan dan 5,254 korban sejak pandemik melanda.

Indeks itu juga turut menjejaki kadar negara-negara yang menjauhi norma sebelum pandemik, meletakkan Afrika Selatan di tangga pertama selepas sekatan baru dilaksanakan di negara itu akibat kenaikan kes jangkitan.

Dalam pada itu, Malaysia juga akan berdepan sekatan pergerakan yang baru berkuat kuasa esok yang menyaksikan jutaan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur akan berada di rumah sementara aktiviti harian mereka disekat di bawah PKPD.

Sekurang-kurangnya, bagi dua minggu ke depan, langkah itu dijangka akan memperlahankan suasana norma sebelum pandemik untuk kembali dinikmati.