- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat angka hampiri 7,000

Selangor masih kekal mencatat kes harian tertinggi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua petugas yang lengkap berpakaian PPE berjalan keluar dari Pangsapuri Mentari Court, kawasan ini dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan. Hampir 50 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah PKPD selepas jangkitan terus meningkat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,982 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 765,949.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,907 disusuli Kuala Lumpur (637), Negeri Sembilan (606), Johor (517), Sarawak (440), Pahang (329), dan Kedah (257).

Sementara Perlis tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,278 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 694,538.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 66,084.

Dalam pada itu, 905 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 443 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 73 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,327.