Friday, July 30, 2021

Serbuan Op Patuh tahan 229 warga asing di Klang

Mereka yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 45 tahun termasuk warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.

Other News

Jabatan Imigresen menahan seramai 229 warga asing dalam Operasi Patuh (Op Patuh) di sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang, pagi semalam.

Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 45 tahun itu terdiri daripada 99 warga India, Bangladesh (88), Pakistan (33), Myanmar (lima), Indonesia (tiga) dan seorang warga Nepal.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata pemeriksaan lanjut di lokasi kilang berkenaan mendapati premis itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata premis itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen iaitu menggunakan tenaga kerja warga asing yang tiada dokumen dan tinggal lebih masa.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah pekerja warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa.

“Selain itu, kilang itu turut dikompaun polis sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP kawalan pergerakan dan dikompaun oleh jabatan tenaga kerja sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi SOP pengurusan tempat kerja,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Menurut Khairul Dzaimee, kesemua tahanan dibawa menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles