- Iklan -
Berita

Parkir percuma di Kuala Lumpur mulai esok hingga 31 Ogos

Langkah tersebut dilaksanakan bagi meringankan kos perbelanjaan orang ramai.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana bandar Kuala Lumpur  sepanjang sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan awal bulan lalu.
Suasana bandar Kuala Lumpur sepanjang sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan awal bulan lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hari ini mengumumkan semua kawasan parkir di bahu jalan bandar Kuala Lumpur percuma mulai 2 Julai hingga 31 Ogos.

Dalam satu ciapan Twitter Annuar berkata langkah tersebut dilakukan bagi menjimatkan kos perbelanjaan orang ramai.

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31hb Ogos,semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma.

“Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan di harap penjimatan itu dapat di gunakan untuk membeli barang keperluan keluarga.”

Parkir awam di Kuala Lumpur mempunyai kadar berbeza mengikut kawasan yang telah ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kadar terendah adalah sebanyak 80 sen sejam di beberapa kawasan termasuk Ayer Panas, Bandar Baru Wangsa Maju, Bandar Tasik Selatan dan beberapa kawasan lain.

Kawasan seperti Bangsar dan Brickfields dan beberapa tempat lain menggunakan kadar RM1 sejam sementara kawasan parkir di Bukit Bintang, Chow Kit, Jalan Ampang dan Bukit Nanas menggunakan kadar RM1.50 sejam.