- Iklan -
Berita

Lebih 8 juta terima suntikan dos vaksin setakat semalam

Daripada jumlah itu, 2,309,018 telah melengkapkan vaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan bersedia untuk memberi suntikan vaksin kepada warga emas di Georgetown, Pulau Pinang. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan bersedia untuk memberi suntikan vaksin kepada warga emas di Georgetown, Pulau Pinang. Gambar: Bernama

Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata sebanyak 2,309,018 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vakinasi mereka.

“Sebanyak 258,773 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655).