- Iklan -
Berita

Kes baru naik, rekod 6,988 jangkitan

Selangor kekal catat kes tertinggi hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang kelainan upaya cacat penglihatan, berjalan keluar dari stesen vaksinasi selepas  menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing, Brickfield.
Orang kelainan upaya cacat penglihatan, berjalan keluar dari stesen vaksinasi selepas menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing, Brickfield.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,988 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 758,967.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,885 disusuli Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), dan Kedah (250).

Hanya Perlis (1) sahaja mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,580 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 688,260.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 65,453.

Dalam pada itu, 917 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 445 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 84 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,254.