- Iklan -
Berita

34 mukim di Selangor, 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan PKPD

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan itu akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana kawasan yang dikenakan PKPD di seluruh negara. Gambar: Bernama
Suasana kawasan yang dikenakan PKPD di seluruh negara. Gambar: Bernama

Beberapa mukim di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Petaling akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelaksanaan PKPD tersebut, semua laluan kawasan yang terlibat akan ditutup dan dikawal oleh polis.

Semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing Kecuali seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

Berikut adalah daerah dan mukim di Selangor yang dikenakan PKPD:

Petaling

Mukim:

  • Petaling
  • Damansara
  • Sg Buloh
  • Bukit Raja

Hulu Langat

Mukim:

  • Hulu Langat
  • Ampang
  • Cheras
  • Kajang
  • Semenyih
  • Beranang

Sepang

Mukim:

  • Dengkil
  • Labu
  • Sepang

Gombak

Mukim:

  • Batu
  • Rawang
  • Setapak
  • Hulu Kelang
  • Kuang

Kuala Langat

Mukim:

  • Tanjung 12 (1)
  • Tanjung 12 (2)
  • Teluk Panglima Garang
  • Morib
  • Bandar
  • Jugra
  • Batu
  • Klang
  • Mukim:
  • Kapar
  • Klang

Kuala Selangor

Mukim:

  • Ijok
  • Bestari Jaya
  • Jeram

Hulu Selangor

Mukim:

  • Serendah
  • Rasa
  • Ulu Yam
  • Batang Kali

Manakala bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
  • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas